Ads 468x60px

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Friday, December 6, 2013

OmegaGuard for preggy n brestfeed mummy =)

Preggy n breastfeed mummy out there...berita baik untuk korg semua!! Saya nak bercerita sedikit ttg supplement yg terbaik utk perkembangan otak dan minda baby n bakal baby korg. Apalagi kalau bukan OmegaGuard Shaklee, supplement yg kaya dgn Omega 3 =)



Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan.  DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).
 

 Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.

Bagi ibu menyusu pulak DHA yang terkandung di dalam OmegaGuard akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, di samping dapat juga menyusukan bayi .

Ada lagi rahsia kebaikan OmegaGuard ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. 


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jom rebut peluang untuk order OmegaGuard sempena PROMO buy 6 free 1!! Nak beli 1 dgn harga ISTIMEWA juga boleh =) 

 ~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com
♥COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai
Read more...

Friday, November 15, 2013

Set Basic Breatfeeding

Untuk ibu2 menyusu di luar sana...yg masih tercari-cari set menyusu yg terbaik untuk membantu penyusuan susu ibu kepada bayi anda...di sinilah jawapannya. Set breastfeeding which includes ESP dan Alfalfa.


Untuk kesihatan ibu yg lebih optimum, boleh juga ditambah Ostematrix. Nak tahu lbh lanjut mengenai khasiat2 yg terkandung di dalam set ini? Boleh rujuk di sini untuk ESP, sini untuk Alfalfa dan sini untuk Oste.

Bajet x mencukupi? Jgn risau...set bajet juga ada. Hanya RM 100^^. Nak tahu lebih lanjut?? Hubungi saya..

SMS/Whatsapp - 019-7122817 (ANID)
ID: 1065424 
Email: arnidza.ramli@gmail.com  

COD area UTM Skudai dan Taman U
Read more...

Thursday, October 10, 2013

ESP untuk ibu menyusu

 ESP?? Rasanya ramai yg dah tau mengenai ESP. Best seller tu. Saya pun sdg consume Shaklee dan sdg merasai kesannya. Hehe...saya suka..saya suka (versi Mei Mei Upin Ipin).


Kelebihan ESP untuk ibu menyusu:
1.       Membantu susu ibu supaya menjadi lebih pekat berkrim. Secara tak langsung memberi kekenyangan yg lama pada baby. Bila baby kenyang tidurnya pun lebih lena.
2.       Merangsang dan membantu penghasilan susu dengan lebih cepat. Dengan syarat konsep asas penyusuan demand and supply dipatuhi dan payudara dikosongkan selalu atau sebaiknya setiap 3 jam sekali.
3.       Sebagai energy booster. Kebiasaannya ibu2 yg menyusu badan mengalami proses berjaga mlm yg lebih kerap, kekadang sampai 1 jam sekali baby bangun utk menyusu. Dengan mengamalkan ESP, badan akan kekal bertenaga sepanjang hari seterusnya proses penegepaman juga akan berjalan lebih lancar.
4.       Memberi rasa kenyang lebih lama. Bila menyusu dan mengepam, badan akan cepat lapar. Diet pun entah ke mana. Dengan pengambilan ESP pada waktu pg sblm sarapan akan membantu memberi rasa kenyang yg lama tanpa perlu mkn ubat-ubatan yg akan mengganggu penghasilan susu malah InsyaAllah susu lebih meriah dan byk.
5.       Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Kandungan protein dalam ESP membantu membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Bonus gitu! Di samping menggunakan ESP sbg makanan tambahan, kulit akan lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya.
 
Apalagi...pada ibu-ibu menyusu di luar sana. Jom cuba ESP!! Yg bukan menyusu pun ESP ni sesuai untuk korg. Yg nak kulit cantik, badan bertenaga...lai..lai. 1 canister boleh tahan sehingga 2 bulan. Pm/SMS/Whatsapps saya ye untuk harga istimewa =)
Read more...

Monday, October 7, 2013

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu ~

Tips ni saya kongsi bukan ar nak tunjuk terer ke ape...hehe. Google je pun. Anak pun baru dua. Tips ini juga sebagai panduan kepada saya dan saya ingin kongsikan bersama. Harap sgt dapat jayakan penyusuan ke atas Amani dan Ammar selama 2 tahun.

  1. Kerapkan Menyusu/Mengepam 
  • Yg ni kalau kat rumah mmg bergilir-gilir ar Kakak Amani n Ammar menyusu. Masa Ammar kna   tahan NICU (masa tu Ammar baru 2 hari) sedih sgt sbb pam susu yg keluar cuma skit je hujung-hujung jari. Susu masa tu masih lg susu awal yg sgt pekat dan warnanya kuning. So, saya susukan Amani untuk stimulatekan penghasilan susu. Alhamdulillah, esoknye susu keluar dgn byk. Byk setakat yg baby 3 hari leh minumlah. Ini menunjukkan bagaimana penyusuan boleh merangsang penghasilan susu. Dapatlah saya pam untuk bekalan Ammar di wad.
  • Kalau mengepam pulak,kat tempat kerja saya pam setiap 3 jam.
  1.   Jangan tunggu breast penuh
  • Sentiasalah kosongkan breast. Konsep penghasilan susu demand and supply. Jika kita kerap kosongkan breast maka badan akan lebih kerap menghasilkan susu.
  1.  Minum banyak air
  • Dulu saya mmg tak suka minum air masak. Tak sedap. Minum air manis lg syiokk! Tp sejak breastfeedkan anak secara tak langsung akan sentiasa rasa haus. Jadi saya mmg pastikan akan minum air masak. Sekuramg-kurangnya botol air 1L tu saya habiskan sehari waktu kat ofis. 
  1. Fikir anak
  • Ketika menyusu, belailah anak. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. 
  • Masa mengepam plak tengok ar gamba anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin..
  1. Menyusu/mengepam lebih lama
  • Masa menyusu biarkan anak menyusu sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di breast yg sebelah lg. Barulah anak dapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. 
  • Kalau mengepam plak, saya pam 15-20 minit untuk sebelah breast. Mengepam lebih lama boleh menghasilkan let down reflex (LDR) 2-3 kali!
  1. Pengambilan suplemen
  • Bagi saya, untuk breastfeed saya ambil suplemen Ostematrix dan ESP.  Suplemen hanyalah untuk membantu di dalam penyusuan susu ibu. Jika ibu tak disiplin dan konsisten, hasilnya tetap tak akan berubah.
Harapnye dgn tips yg diberi dapat sama-sama kita berjuang dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Gud Luck ibu-ibu di luar sana =)

p/s: Jgn lupa amalkan membaca Ayat 60 Surah Al-Baqarah untuk memperbanyakkan susu ibu. InsyaAllah. =)
Read more...

Thursday, September 26, 2013

Perjalanan Menyusu Ammar dan Amani

After kelahiran Ammar, perjalanan menyusu daku kembali lagi. Alhamdulillah lebih mudah sbb dah ada pengalaman. Amani pun diteruskan penyusuan susu ibu. In fact aku tak terus stop pun susu ibu untuk Amani. Masa pregnantkan Ammar aku masih menyusukan Amani. Cuma tak full ar sbb tak dpt penuhi demand Amani. Yela hormon pregnant masa tu agaknye susu jadi kurang. Nasib baik takde mslh apa2. So waktu siang Amani minum susu formula, malam baru aku breastfeed Amani.

Rutin sekarang...of course untuk Ammar fully breastfeed ar. Stok susu tak de ar byk sgt tapi insyaAllah cukup untuk Ammar. Amani still macam dulu...mlm je breastfeed. Waktu cuti depend on her demand and keadaan adiknye waktu tu. Kalau adik nak menyusu tentu ar adik didahulukan. Tak reti ar nak tendem nursing...huhu. Harap sgt perjalanan kali ini dapat diteruskan sehingga umur Ammar 2 thn.

Berkenaan pengasuh, akhirnye dapat juga jumpe pengasuh yg sesuai. Mlm selasa yg lepas aku n en.suami dah melawat rumah pengasuh berkenaan kat Desa Bakti. Cik Leha namanya. Sekarang die jaga 2 org budak 4 thn n 5 thn. So mmg x de jaga baby sbb 2 mnggu lps baby yg sblm ni beliau jaga dah stop sbb mak die g oversea nk smbung bljr. Itu slh satu sbb ar aku pilih Cik Leha ni. Satu lg sbb is because Cik Leha ni da ada experience handle EBM. yeay, suka2. Senang skit...da x payah explain. Mnggu depan bru start hantar Ammar kat pengasuh...huhu. Sedey plak rasa. Cane ar nnt.

p/s: Ya Allah kau peliharalah keselamatan kedua anakku Amani dan Ammar...Amin.
Read more...

Friday, July 13, 2012

Emosi terganggu

Argh..production susu merudum..selalu sesi pg dpt 5oz (mgkin x sbyk org lain but yg penting ckup utk amani) tp ari ni dpt 3oz je..huhu. Tensen punya psl..hal sambung bljr ni. Mcm2 dugaan smpi kdg2 t'pk adkh ini kptsn terbaik utk aku n famili. But Allah know the best. Ape yg mampu aku buat is usaha..(ya, ayat utk m'positifkn diri). Cuba mengawal emosi coz x mau production susu merudum..tp soal hati..aku cuba yg t'baik utk kawal.

Production bru nk ok blk after cik P dtg. Member ada bg trial pek produk berasaskan alfalfa utk tingktkn production. Aku bru try mkn dlm 2 hr..hasil x sempt nmpk coz aku ada t'bce artikel Dr. Zubaidi b'kenaan alfalfa ni. Ini statement yg membuatkn aku stop amik alfalf:
artikel penuh klik sini http://drzubaidi.com/blog/?p=2889

Ingt lg kes cyst yg aku hadapi dlu? Ya, cyst aku dlu adlh dr jnis endometriosis. Mmg berkait rapat ngn kitaran haid aku. If period so ada kebrgkalian cyst akn terbentuk lg. Doc pakar ckp aku leh amik pil perancang so kitaran haid aku x teratur. Tp ada kesan negatif ar kalo amik b'pjgn. Natural way is get pregnant every year..huhu..lotih den..haha.  Nsb baik ar terbaca artikel ni. So buat masa skrg aku stop amik alfalfa. Kna mkn bnda2 natural je ar utk tngktkn production susu.

p/s: Akan cuba yg terbaik utk anakku Amani. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan murahkn ar rezeki Amani. Amin.
Read more...

Tuesday, July 10, 2012

Cik P sudah dtg???

Huhu...sungguh x sangka..cik P dah menjelma. Amani bru 4 bulan. Org ckp ble cik P dtg mesti susu merudum. Mmg btul pun. Tgh tensen ni. Tp nk tensen lbh2 pun x leh gak...takut nnt susu lg merudum. Huhu. Stok x de ar byk sgt. Utk seminggu je. Ari ni x tau ar dpt x cover utk dptkn stok sehari. Rasa cam nk nangis plus tensen..huhu. Kursus pun satu hal...da elok2 aku ready buat stok susu utk time kursus...kursus plak postpone. Da 2x postpone. Kalo x minggu ni..tp tarikh bru 30/7-9/8. Time pose tu..huhu.

Cik P stat dtg ari sabtu lps. Ari Ahad plak aku senggugut...sakit smpi segala posing badan serba x kna. Nak bernafas pun mcm susah gle. Pad plak mmg x de stok kt umah. Thanks en.suami tlg belikan =). N thanks juga sbb beli n hidangkn mknn plus buatkan air milo skali =). Wpun cair tp sbb en.suami yg buat...sedap je rasa...hehe.

Smlm bwk Amani cek up 4 bulan. Berat Amani skrg 5.7kg. Sama cam bulan lps...naik 0.7kg. Ok ar tu...Dr. x de ckp pe pun. Masih fully BF. Ya Allah, murahkanlah rezeki Amani. Moga aku mampu menyusukan Amani sehingga umurnya 2 thn.

 Latest pic of Amani (huhu...rindu sudaa..)

p/s: Peringatan utk diri sendiri. Jgn lupa amalkan ayat 60 Surah Al-Baqarah. Doa utk memperbykkn susu...InsyaAllah.
Read more...

Thursday, May 31, 2012

1st pumping session


Hasil perahan pertama utk buat stok..huhu. Sempat ke ni? Mnggu dpn da nk stat keje. Mslhnye 18-29 jun nnt ada kursus. Masa tu x leh ar nk cilok2 balik bf Amani. So nk kna ada stok yg mencukupi at least spjg kursus nnt..huhu. Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Amin.
Read more...

Thursday, May 24, 2012

Pump elektrik or manual??

Tgh pening ni pk pam elektrik perlu ke x? Yg aku da ada skrg ni pam manual avent. Stkt ni pkai ok je..cuma pnat gak ar tgn nk pam.

Act terpk nk pkai pam elektrik ni coz nk jimat masa pam. Pakai pam manual ni kdg2 ok..laju je susu kuar...kdg2 sikit je. Lg satu ble da stat keje nnt kt lab tu cam susah plak nk pkai pam manual. Maklum ar x de tmpt privasi utk pam. Lg satu pam avent ni x fit ngn botol lain. So nk kna bli storage bottle avent gak. Mahal ar skit. Tp nk bli yg elektrik pun leh thn mahal gak. Emm..pening pk.

Mayb tgk dlu seminggu stat keje nnt cne. Kalo susah trpksa ar bli pam elektrik kot. Huhu.
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates