Ads 468x60px

Featured Posts

Wednesday, January 13, 2016

"Kat sekolah tak belajar pun??"

Minggu ni minggu kedua Amani ke Tadika. Minggu pertama feedback Amani hari pertama dan ketiga.."kat sekolah x belajar pun Mama?". Erk...haha, nmpknya Amani dah x sabar nk belajar. So Mama tanya balik pada Amani:
M: Kat sekolah ada kawan yg nangis lg x?
A: Ada. Amani x nangis.
M: Ha..Amani kna tnggu kawan Amani x nangis bru nnt mula belajar. Mcm mana cikgu nak ajar kalau ada kwn yg nangis.
A: Ooo (nsb baik alasan diterima...fuhh!!)

Minggu kedua ni plak..hari ketiga sekolah Amani demam ar plak. Demam sbb sekolah ke? Haha..aku rs bkn sbb tu kot. Mungkin sbb cuaca panas skrg ni. Amani plak jenis yg payah nak minum air...even air manis pun die minum skit je. Mmg nak kna suruh minum bru ar die minum. Itupun seteguk dua je. Kalau x mmg die x minta nk minum pun. Aku pun hairan..x haus ke die. So menjadi tugas aku ar utk suruh die minum sekerap yg mungkin. Nsb baik sehari je demam. Itupun siang ok..bile mlm nak start panas blk...huhu. Harap2 hr ni ok ar.


p/s: Slalu juga aku tanya Amani mkn ape kt sekolah. Tp ada2 hari yg die bgtau die x mkn. Alasan die x lapar or Amani x suka. Emm...memilih juga Amani ni. Susah juga camtu. Nsb baik tadika sampai tghri je...boleh ar aku paksa mkn tghri n snack ptg.
Read more...

Monday, January 4, 2016

Kisah Amani ke tadika

Da hampir 2 tahun blog ni menyepi. Akhirnya aku catatkan juga coretan anak sulungku Amani ke tadika. Ye..kalau ikutkan thn ni Amani akan memasuki umur 4 tahun. Saja aku sekolahkan awal supaya die dapat bergaul dgn rakan sebaya. Keputusan nak sekolahkn Amani ni pun mmg dibuat saat2 akhir. Hari ni hari pertama ke sekolah..hujung mnggunye baru aku terkial2 cari tudung putih dan stokin untuk Amani. Nsb baik beg sekolah ada pemberian sepupu en.suami..pakai jelah yg tu dlu.

Aku hantar Amani ke Tadika Al-Wafiqah..berdekatan dgn rumah. Buat sementara ni aku hantar Amani utk sesi tadika shj hingga jam 11.30. Tgk ar mcm mana nnt if aku dah sibuk mungkin akan sampai ke ptg. Alhamdulillah pg td masa aku kejut Amani bgn mmg die ok je. X nangis n suruh mandi pun sng. Sarapan pun ok...sempatlah Amni makan cheese sekeping n air vico. Jam 730 pg aku gerak dr rumah.

Pic sblm gerak ke sekolah...masa ni senyum bukan main lg. Excited ar tu nak gi sekolah

Masa smpai tadika Amani agak awal juga sampai. X lama lps tu brulah ramai ibu bapa yg hantar anak masing2. Mcm2 ragam..ada yg menangis, ada yg x nak masuk n ada juga yg ok duduk dlm tadika dgn2 kwn2 yg lain. Amani plak nasib baik ok...die follow je masa cikgu bawak die masuk tadika n ltk beg. Lps tu cikgu suruh duduk die pun duduk. Aku decide nk tnggu sekejap kt luar utk tgk mcm mana keadaan Amani. Mama die yg lebih2 tau...sedih plak tgk anak kat dlm kat tmpt yg die x biasa n tgk plak muka2 yg die x knal. Mula2 Amani x tau aku tnngu kat luar..tp bila die nmpk aku rupa2nye die satrt menangis. Aku x perasan pun..tgk2 je da kesat mata n sedu2...huhu. Kesian anak mama..x pe...nnt lama2 biasa ar tu. First day kan.

Dpt mama amik gamba dr luar. Masa ni tgh tnggu kawan2 yg lain sampai

So masa aku tnggu tu nmpk ar cikgu arahkan budak2 beratur. Bila cikgu suh beratur Amani berdiri tegak je..x tau nak buat apa2. Cikgu kenalah pgg tgn die n bwk die berdiri dlm barisan. Utk buatkan budak2 adapt cikgu bukalah lagu kanak2. Aku tgk Amani berdiri tegak je tgk tv tu. Bknnye nak ikut joget mcm dlm tv tu. Kwn2 die ada juga yg sporting ikut joget. Haha..pdhal lagu die biasa je dgr. Lbh kurang 30 minit aku tnggu kat luar then aku decide utk ke fakulti. Kuatkan hati pegi fakulti..n semangat sbnrnye nak coretkan pengalaman hari pertama Amani kat tadika di blog ni. Alhamdulillah semuanya berjln lancar. Aku x delah ltk harapan Amani dah boleh membaca, mengira dsb. Aku cuma harap Amani enjoy kat tadika, belajar berkawan n sambil2 dpt juga bermain sambil belajar. Rutin harian aku juga akan berubahlah slps ni. Gud luck Amani =)

Time ni Amani nmpk mama kat luar. Da start sebak2 da time ni..huhu

p/s: x sabar nk amik Amani nnt n tanya ape die buat kat tadika...hehe
Read more...

Wednesday, January 22, 2014

Ammar's first solid food + Tips pemakanan bayi

Yeay...akhirnye Ammar da 6 bln and da start mkn solid food. Hari ni hari yg ke 4 Ammar mkn. Start giving him puree apple and following 4 day rule. Esok puree yg lain pula which is puree pear.

Me start preparing his solid food last Thursday. Kelam kabut gak ar coz ingtkn that weekend kitorg stay at home je...tp en.suami ajak blk umah PIL...maka Ammar's solid food terpaksa prepare sedikit awal. Ammar turn to 6 months on 19 Jan, Sunday. Planning to give him food a bit early which is Friday. So boleh la observe die ok ke x mkn plus mama sendiri pun excited nak bg Ammar mkn...hehe. Tp me sempat prepare the frozen puree je n mcm agak kelam kabut plak nak bwk ke umah PIL. So lastly Ammar start mkn on Sunday after blk dr umah PIL. Weehuu...berkeriut muka Ammar masa first time kna suap mknn...hehe. Sori sgt pic nggak ada...excited terlebih lupa nak snap =p

berkerut mcm ni ar muka Ammar =p

So untuk bekalan Ammar ke pengasuh me cuma bekalkan frozen puree yg mmg dah diprepare that weekend. Mcm mana nak buat frozen puree? Senang je...potong kulit n buah, stim/rebus, blender n tapis. Masuk dlm bekas kiub ais yg bertutup dan frozenkan. Mlm turunkan kiub puree (1-2 kiub depends on how much anak kita mkn) esoknye da cair. Masa nak mkn leh mintak pengasuh panaskan using warmer saje. Hehe...easy kan?? For now, dlm bekas seciput je mknnye..mcm serba slh pun ada...sikit bebenor anakanda mkn.. Maklum ar bru lg kan. Nnt perlahan-lahan kte tmbh ar sukatan mknn die.

Feedback dr pengasuh setakat ni Ammar ok je. Die mmg nak mkn. Abs 2 kiub puree yg dibekalkan. Kakak Amani pun sibuk juga. Adik punya mknn die nak mkn...die punya mknn lg ar die mkn...huhu.This weekend nk kna prepare 2-3 lg jenis puree. Me x janji tp if rajin akan snap pic n kongsi step how to make frozen puree ye..

Di sini me juga nak kongsi Tips Pemakanan Bayi:
  1. Perkenalkan satu jenis makanan dalam kuantiti yang sedikit, sekali sehari selama 4 hari.
  2. Mulakan dgn satu tbsp untuk 3 hari yang pertama, kemudian tambah secara berperingkat: 1 tbsp setiap 2-3 hari.
  3. Elak beri makanan terlalu manis atau masin kepada bayi.
  4. Penambahan garam atau gula ke dalam makanan bayi sebenarnya tak perlu sama sekali.
  5. Elakkan memberi bayi telur putih sehingga berumur 1 tahun.
  6. Berikan bayi makan sayur-sayuran supaya bayi suka makan sayur apabila besar nnt. 
Read more...

Wednesday, January 8, 2014

Kejadian itu...

Kali ni nak cerita ttg perkara yg da agak berabuk gak ar...x buat2 gak entry psl 'kejadian' itu. 'Kejadian' apa tu?? Mcm ar suspen sgt...hehe.

Saya telah ditimpa kemalangan jalan raya pada 26 Disember 2013 yg lepas...huhu. Don't worry...semuanya selamat...kalo x..x de lah sy dapat tulis ttg entry ni ye =)...alhamdulillah. Sbnrnye kemalangan kecil je...x de ar serius sgt. Masa tu hajat di hati nak lunch dgn en.suami...da boring mkn kat fakulti kononnya. Masa dlm perjalanan tulah saya terlibat dgn kemalangan tu...huhu. Ni semua berpunca drp sebuah kereta (x perasan model ape tapi kaler putih) yg tiba2 tukar ke lorong kanan dan brek disebabkan jln dah mula slow (sbb kereta dah start byk...lunch hour kan...) Maka akibatnye sy terpaksa brek emergency dan hampir2 langgar kereta yg tukar lorong tiba2 tu...huhu. Dlm hati bru je ckp "Nasib baik x langgar" but then kereta sy pulak dilanggar belakang....huhu. Malang x berbau. Kereta saga blkg sy x sempat nak brek.

 kereta ku yang dilanggar

kereta yg melanggar

Nsb baik org yg melanggar sy tu pun rasional orgnye. Kami decide utk tunggu di stesen minyak Shell yg plg dekat so that x de ar jln jem disbbkn kami. On the way rupanya ada satu lg kemalangan di dpn kami melibatkan 3 buah kereta....huhu. After accident...sy pun terus call en.suami n maklumkan apa yg berlaku dan minta die dtg scpt mungkin. After diskus...maka kami setuju utk buat laporan polis dan claim insurans. Satu hal plak nak g balai polis buat report. Plan lunch ntah ke mana...last2 terpaksa queue di balai polis. Accident berlaku pd jam 12.30 tghri, buat report polis lbh kurang kul 2 ptg.

After done report polis, sy dan en.suami balik umah amik polisi insurans dan dokumen2 berkaitan. Ingat nak g setelkan insurans hari tu juga (x psl2 en.suami kna amik EL half day hari tu). FIL ttba nak join g company insurans...so terpaksa singgah umah PIL dulu. Da smpai sana MIL plak suh mkn coz kitorg mmg blum lunch lg...masa tu da kul 4 ptg...huhu. Lapar tak hengat! After mkn2 bru g pejabat insurans but unfortunately dah tutup...huhu. En. suami call service centre utk repair kereta and diorg maklumkan perlukan salinan report, gambar dan keputusan siasatan kedua2 kereta yg terlibat untuk claim insurans. FIL insist bgtau sepatutnya diorg yg uruskan semua tu. Tp x pe ar...en.suami ckp kite tnggu keputusan siasatan polis dlu then bru hantar repair.

So...apepun x bole buat. Then 1 Jan yg lepas...sy dan en.suami ke balai polis untuk amik gambar dan keputusan siasatan. Malangnya...dokumen2 tu boleh diambil selepas 10 hari waktu bekerja...huhu. Apsal ar peg. polis tu tak bgtau awal2 hari tu. Then en.suami jumpa ngn ejen yg kitorg bli kete n die ckp sepatutnya kitorg bole je hantar kete repair dlu. Sudahnye kitorg ulang alik sana sini...hasil pun x de. Sbb tu ar sy terlambat buat entry thn baru pd 2 Jan yg lepas...huhu.

So itu jelah kisahnya...hehe. X de pe yg suspen pun =p...

p/s: Ape yg perasan masa kemalangan ni...usia mmg boleh merubah kita kan. Saya semakin tenang menghadapi kejadian tak di duga seperti ni...x de ar mcm zaman muda remaja dlu (wpun skrg masih muda remaja...=p) gelabah x hengat...huhu.

Read more...

Detox secara semulajadi dgn Alfalfa Complex ^^

Detox...dgn kata lain 'proses pengeluaran dan pembuangan toksin dari dalam tubuh'. Badan kita sebenarnya mampu mengeluarkan racun dan membangunkan sistem detox sendiri seperti pada hati, ginjal, paru-paru dan kulit. Namun sayangnya kita tidak pernah berhenti untuk mengambil makanan tidak sihat dalam aktiviti seharian. Oleh itu tubuh kita tidak diberi kesempatan untuk melakukan detox atau pembuangan racun dari dalam tubuh.

Detox penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.
Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh
Jika anda mengalami masalah di atas...mungkin badan anda perlukan DETOX!! Sekarang ni terdapat banyak produk detox atau nyahtoksin di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!!

Detox dengan ALFALFA!!


Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc). Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol.

Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox. Dr Shaklee tidak memakan makanan pepejal sehari dalam seminggu untuk membantu menjaga sistem badannya.

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sempena promosi Alfalfa bulan Januari ni..meh rebut peluang dapatkannya dgn harga sangat MURAH!! Didatangkan dalam 2 saiz...small (330 biji) dan large (700 biji). Jgn segan siluu hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

 ~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com

♥ FB page: Dza' Irahin
♥ COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai

Read more...

Thursday, January 2, 2014

Selamat datang 2014 =)

Mulakan tahun 2014 dgn senyuman =)...ye...maafkan sy..hajat di hati nak tulis entry thn baru smlm. Tp apakan daya...kita hanya mampu merancang. Smlm tiada kesempatan untuk menulis kerana sibuk dgn urusan lain. Mungkin akan diceritakan di next entry.


2013 yg meninggalkan bnyk memori. Bagi saya memori 2013 byk yg x best dr yg best. Satu-satunya berita gembira utk sy dan famili kecil sy adalah dgn kelahiran Wan Dzahin Ammar tanggal 19 Julai 2013 ketika umat Islam sedang berpuasa. Alhamdulillah Ammar lahir di bulan yg mulia dan di hari yg penuh keberkatan pd hari Jumaat...penghulu segala hari. Mudah-mudahan Ammar membesar menjadi manusia seperti mujahid Ahmad Ammar. Walaupun mama penuh dgn kekurangan sbg hamba-Nya tp In Shaa Allah...x salah kte mengharapkan yg terbaik kan? Impaknya...20 hari lah saya kna ganti puasa..huhu.

Di bulan Oktober 2013 juga bermulanya perjalanan saya dgn Shaklee. Alhamdulillah...berazam untuk lebih sihat di tahun baru ini. Perjalanan yg baru bermula...tp penuh dgn pengisian dan ilmu baru =). Terkilan kerana masih belum berkesempatan bertemu dgn keluarga RMC yg ceria. Azam saya ingin bertemu dgn mereka dan sedut cas2 positif, berkongsi ilmu...dan bersama-sama melakukan aktiviti2 penuh CERIA mereka...hehe. Tersenyum sendiri pula =p.

Memori pahit pula...berkenaan PhD saya...masih tergantung lg. Permohonan saya buat kali kedua tidak diterima. Persediaan saya selama bbrp bulan tersia-sia begitu saje. Again...saya menjadi mangsa keadaan. Mls nak cerita panjang...manusia takkan pernah puas dgn apa yg kte dah usaha lakukan. Eh..off topic..kte kan nak mulakan thn baru dgn senyuman =)..(walaupun terpaksa...huhu).

Di tahun baru ni saya x minta byk. Moga segala urusan saya dan keluarga dipermudahkan. Awal2 thn baru ini saya bakal mengambil satu langkah BARU demi masa depan keluarga. Penghijrahan mungkin? Mudah-mudahan ada rezeki saya di mana2.

p/s: Feeling nervous nak hantar satu borang kat opis...tp rupanya orang yg sy nak jumpa cuti...huhu. Buat penat je nervous.
Read more...

Tuesday, December 24, 2013

Alkisah Amani dgn pengasuh

Betul2 aku x sangka yg Amani akan cepat adapt bile kna hantar duk ngn pengasuh. She only take a week to adapt!! Alhamdulillah. In a week tiap kali hantar menangis n tiap kali ambil bile nmpk aku je trus lari kat aku mntk dukung sambil nangis.

Then a week after sempat hantar 2 hari je. Isnin cuti Hari Hol...selasa n rabu je sempat antar. Khamis n Jumaat tak hantar sbb masa tu aku x bape sihat. Masa hantar hari Selasa n Rabu dah nampak die mcm ok skit. Bila hantar pengasuh amik die nk g kat pengasuh tp muka cam sedih je ar. Blk pun bila amik die da calm da. Just suh aku amik die je x nangis lg. Then gap lama dr khamis sampai Selasa tak hantar pengasuh coz Sabtu aku balik Kluang berehat kat sana....hari Rabu hantar aku risau gak takut die x ok balik. But again  she suprise me...die ok je nak ikut pengasuh...salam tgn aku n muka da tak sedih lg. Bila aku amik ptg pun die tgh leka main sendiri. Alhamdulillah...semua dipermudahkan. Gud girl Amani....pandai pun Amani bwk diri. Pengasuh pun ckp yg die dah mula nk main ngn kawan2 lain. Kalo x...x pandai pun main..buat hal sendiri je.

Yg kelakarnye...Amani ni kuat mkn. Nasi tu mmg konfem ar mkn. Pastu biskut selagi nmpk mintak. Aduii...segan betul aku. Nk kna bekalkan biskut ar skali skala....jenuh pengasuh nk restock biskut tiap2 mnggu...huhu. Tp susu kurang minum. Kat umah pengasuh 2x je minum itupun slalu x abs. Kat umah...mmg x ar. Nak ngempeng je kejenye...huhu. Amani pun da x chubby cam dlu. Tinggi je lebih.

Asik cte psl Amani je...Ammar mcm mana? Ammar alhamdulillah...progress at 5 month da pandai capai mainan then apalagi...masuk mulut ar. Ammar ni suka senyum. Pantang org tgk or acah die je mesti die senyum. Good boy Ammar...peramah gitu =)

Amani yg kononnya mare adik die main buku die...huhu. Garang kakak ni =p

Read more...

Multivitamin: Vitalea



Oh...sudah berabuk nampaknye blog ni...huhu. Sejak jatuh sakit mnggu lepas...jadual huru hara sikit. Dalam proses untuk kembali seperti biasa.

Masa sakit mnggu lps...berat sy mmg turun mendadak. I’ve lost 2kg. Da ar sememangnye kurang berat badan. Maka bertambah kuruslah saya. So doc advice sy amik multivitamin since i’ve been vomitting n dhiarea masa sakit hari tu...mungkin byk nutrien2 (ntah cukup ke tdk sblm ni...huhu) dlm tubuh hilang. Pilihan saya...tentulah Vitalea from Shaklee =). 

Kenapa saya memilih Vitalea?? 

Ini kerana Vitalea merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.


- 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
- 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
- 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
- 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
- 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
- 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga

Siapa Memerlukan Multivitamin??

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan  kecergasan tubuh jangka panjang
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


 ~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com
♥COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai



Read more...

Friday, December 6, 2013

OmegaGuard for preggy n brestfeed mummy =)

Preggy n breastfeed mummy out there...berita baik untuk korg semua!! Saya nak bercerita sedikit ttg supplement yg terbaik utk perkembangan otak dan minda baby n bakal baby korg. Apalagi kalau bukan OmegaGuard Shaklee, supplement yg kaya dgn Omega 3 =)



Wanita yang mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan juga kandungan.  DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir dan melihat).
 

 Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.

Bagi ibu menyusu pulak DHA yang terkandung di dalam OmegaGuard akan menyingkirkan lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran bahawa pembakaran lemak akan menjadi aktif semasa sesi penyusuan dilakukan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat dan langsing kepada ibu menyusu. Ibu-ibu akan menerima 2 pakej kebaikan  iaitu badan ramping dan sihat, di samping dapat juga menyusukan bayi .

Ada lagi rahsia kebaikan OmegaGuard ni? Bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil Omega Guard Shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimumkan fungsi otak. Otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar. 


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Jom rebut peluang untuk order OmegaGuard sempena PROMO buy 6 free 1!! Nak beli 1 dgn harga ISTIMEWA juga boleh =) 

 ~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com
♥COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai
Read more...

Tuesday, December 3, 2013

First Day Amani with pengasuh

Smlm buat kali pertamanya Amani dijaga oleh yg bukan famili...huhu. Makulmlah...dr lps cuti bersalin sampai umur 1 tahun 5 bulan Cik Ca aka adik aku yg jagakan. Then after Cik Ca konvo Master Amani dijaga oleh Tok Ibu pula. So Amani dr lahir mmg x pernah dijaga oleh org asing.

Tok Ibu aka MIL jatuh sakit mnggu lepas. Penat sgt agaknya jaga Amani, mengajar tuisyen n uruskan rumah lg. So aku n En. Suami decide nak hantar Amani kat pengasuh je. Pengasuh yg sama dgn Ammar. Nasib aku baik pengasuh Ammar sanggup jaga Amani. Maka bermulalah episod Amani di jaga oleh pengasuh bermula pd hari smlm.

Pagi2 lg kelam kabut jugak lah aku menyiapkan brg2 Amani n Ammar. Nak angkut brg masuk kete dah satu hal. Pastu nak setting diorg plak dlm kereta. Sblm ni handle Ammar je senang coz Ammar kecik lg. Amani dgn nangis nye..mcm2 lg ar. Nsb baik Ammar behave je. Mcm biasa ar masa nak tnggal tu mmg nangis sakan ar Amani kat pintu...huhu. Sedih plak rasa. Tp she needs to adapt. Aku x leh ar manjakan die sgt. Dan aku rs this is for the best. Masa ngn tok ibu en.suami yg hantar n amik Amani. Kalau en.suami blk lmbt maka lmbt ar beliau amik Amani. Bygkan kalo smpi umah kul 10 mlm x lama lps tu da nak tido...bpe lama sgt aku jumpe Amani sehari? Skrg ni it's better coz ptg aku amik dua2 n spent time ngn diorg.

Ptg pulak bila aku amik aku intai perlahan-lahan nampak Amani elok je duduk kat sofa tgk tv...hehe. Tp ble aku bg salam je die toleh trus nangis n dtg kat aku suh angkat die. Amani...Amani. Klakar ada, sedih pun ada. Takpe ar Amani...moga Amani cepat dapat sesuaikan diri.


Kata Papa "So this is the girl who kinda stole my heart. She call me papa.."

p/s: hari ni 2nd day pun sama...nangis dpn pintu =(
Read more...

Monday, December 2, 2013

OmegaGuard: Supplemen untuk semua

Kenapa saya ckp OmegaGuard supplemen utk semua?? Sbbnye semua golongan pun boleh consume OmegaGuard. Dr kanak-kanak, pelajar, ibu hamil, ibu menyusu, wanita, lelaki, org tua....semua pun boleh. Saya sendiri hadiahkan OmegaGuard untuk mama n ayah saya...untuk control paras kolestrol dan darah tinggi.

Sempena promo bln ni jom kte gali ape kebaikan OmegaGuard dr Shaklee ni...


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Ape fungsi EPA dan DHA?

Fungsi EPA
1.Mencegah kanser
2. Mencegah pembekuan darah
3. Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
4. Baik untuk pesakit jantung
5. Menghindar tekanan perasaan
6. Mencegah penyakit darah tinggi 

Tugas DHA
1. Mencegah asma
2. Meningkatkan daya seksual
3. Mencegah sakit kulit
4. Mengelakkan kanser payu dara
5. Mengelak kanser prostat
6. Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
7. Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Kelebihan Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee

  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  4.  Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini. 
  7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rebutlah peluang untuk dapatkan OmegaGuard Shaklee sempena promo bulan Disember ni. Dapat juga hadiahkan untuk ibu bapa, in law, adik, suami/isteri dsb =). Hubungi saya untuk dapatkan harga PROMO dan konsultasi PERCUMA.

~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com
♥COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai


 
Read more...

Tuesday, November 26, 2013

GLA Complex untuk Endometriosis

Sebenarnya saya pernah menulis berkenaan GLA Complex. Kalo ingat lg entry tersebut berkenaan EPO vs GLA. Antara manfaat GLA yg pernah sy kongsikan adalah mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara. Entry berkenaan endometriosis boleh dirujuk di sini.


Seperti yg sy ceritakan sy pernah mempunyai endometriosis dan penyakit ini boleh berulang kembali especially bila period sudah kembali. Selepas menjalani pembedahan membuang cyst saya teruskan pregnancy sy spt biasa. Alhamdulillah sy dapat bersalin anak sulung sy secara normal. Takut woo kalo kna operate lg...huhu.

Ketika anak sy berumur 4 bln period sy kembali semula. Huhu...sedih. Yela ingatkan period lambat dtg since sy breasfeed anak sy. Ada org setahun lps bersalin pun belum period. Tp situasi setiap org tu berbeza kan...so mcm kes sy walaupun breastfeed period sy dtg awal. Risau sgt masa tu...takut cyst kembali semula. So bermulalah episod sy men'google' sana sini mencari cara bagaimana untuk mengawal penyakit ni. Act episod men'google' ni bermula sblm period sy kembali lg...sbg persediaan awal. Dari situ saya dapati ramai yg dpt mengecutkan cyst mereka dgn mengamalkan GLA Complex. Tanpa ragu-ragu sy pun menggunakan GLA.

Tapi saya sempat ambil GLA lebih kurang 4 bln je sbb lps tu saya disahkan pregnant kali ke2....hehe. Gara2 GLA ke?? Yela GLA juga salah satu produk yg terkenal untuk masalah kesuburan. Haa...itu kita x tau. Rezeki Allah nak beri. Saya terima seadanya. Lgpun kehamilan mmg slh satu cara nak kawal endometriosis...hehe (Penat ar kalo tiap2 thn nk pregnant =p). Skrg ni after 4 bln bersalin anak ke 2...sy masih belum period lg. Bila period da kembali nnt sy nak consume semula lah GLA. Jgn pregnant kali ke3 udah ler...hehe =p

Pada yg menghidapi endometriosis...jgn panik jgn risau. Usahalah untuk mengawal penyakit ni. Salah satu cara adalah dgn mengawal pemakanan, mengamalkan surah-surah seperti yg sy kongsikan sblm ini dan juga mengambil supplement yg bersesuaian. Tak salah kita usaha untuk mendapatkan kesihatan yg optimum. Yg penting usaha, doa dan selebihnya tawakal kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka sendiri.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mahu mencuba GLA Complex? Harga TERTARIK MENARIK =)

~SUPPLEMENT UNTUK ANDA~
♥ Arnidza Ramli (1065424)
♥ 019-7122817
♥ arnidza.ramli@gmail.com
♥COD area UTM Skudai, Taman U dan Skudai


Read more...

Monday, November 25, 2013

Endometriosis: surah-surah amalan

Kalau refer blk entry saya yg terdahulu..sy pernah bercerita perihal sy mempunyai cyst. Boleh refer di sini. Dapat tahu pun masa pregnant sdgkan cyst tu ada sblm sy pregnant lg. Masa kandungan 4 bln saya dioperate dan Doc sahkan cyst yg saya punyai adalah jenis yg dinamakan endometriosis.

Apa itu endometriosis? 

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid. 

Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar AdenomyosisSaya pula mengalami chocolate cyst di mana cyst tersebut berada di ovari.

Bolehkah Endometriosis berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang masih belum diketahui.
Untuk sesiapa yg pernah menghidapi cyst atau yg telah membuang cyst dan takut ia berulang, di sini sy ingin kongsikan surah-surah yg boleh diamalkan. Credit to Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Ramai pesakit endometriosis yang datang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif yang ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka ini telah mengamalkan bacaan al-Quran secara konsisten setiap hari dan turut berasa yakin akan keberkesanan rawatan menggunakan ayat-ayat al-Quran tersebut.
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“ - Surah Al-Mukminun : 111
Setiap pesakit endometriosis yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat yang selalu diamalkan untuk penyakit endometriosis ini adalah:
  • Surah Maryam ayat 77 hingga 98
  • Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Maryam tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ibrahim tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt.

p/s: “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf : 12
Read more...

Tuesday, November 19, 2013

Kisah menjaga Ammar yg demam

Sejak lepas pantang, ini kali pertama Ammar demam. Puncanya? Emm...ntah ar. Mungkin sbb cuaca yg tgh hujan skrg ni. Biasalah kan...budak nak membesar.

Badan Ammar start dedar hari Sabtu malam. Kbtln mlm tu En.Suami ada reunion dgn rakan sekolah die. Since condition Ammar ok n die pun ceria je mcm biasa..kitorg stick to the plan utk pegi juga reunion tu. X jauh pun...dekan Restoran Remaja Classic near Plaza Angsana. Aku juga masa tu rasa cam nk demam. Lama juga en.suami ber'reunion' sampai aku pun mmg rs da x larat sgt time tu. Yela...melayan Amani punya psl...Ammar kejap je die mengaruk pastu tido. Agaknye die pun da stat not feeling well mlm tu. Blk aku trus rest sbb x larat sgt.

Lebih kurng kul 4.30 pg, aku rs badan Ammar da panas sgt. Cek temp masa tu 38++ degree. Aku stat berjaga coz hidung Ammar mcm tersumbat n susah nak menyusu. Pgnye en..Suami cek suhu Ammar naik lagi kpd 39 degree. Trus kitorg siap2 mandi bwk Ammar g klinik. Amani je masa tu x mandi lg. Sian die x puas tido da kna kejut...huhu. Doc masukkan ubat thru bontot Ammar. Blk kitorg singgah bli sarapan n stay je kt umah utk pantau keadaan Ammar. Patutnya plan nk kuar ngn kawan En.Suami yg dtg dr Kuantan...nk bwk jln2 kat JPO. Tp terpaksa cancel plan disebabkan keadaan Ammar. Plan nak spend time ngn mak n babah pun terpaksa dibatalkan...huhu.

Sepanjang hari en.suami yg byk jaga Ammar. Aku masa tu still rs cam nk demam tp x demam2. Amani sgt behave x mintak menyusu pun. Minum susu botol je. Kalo x hujung mnggu ngempeng je ngn aku. Kdg2 berebut ngn adik die. Mayb die faham adik die tgh sakit. Dlm masa 6 jam lps doc masukkan ubat rasa mcm panas Ammar makin surut. But then after 6 hours, badan Ammar panas blk. En. suami jerlum kepala Ammar and cek temp few times. Still panas die maintain je 38++ degree. Huhu...risau plak kenapa suhu x turun2. Ari Isnin sepatutnya Ammar check up 4 bln kat klinik. So en.suami bgtau mntk Doc masukkan ubat bontot lg if Ammar demam lg esoknye.

 Sian kan tgk Ammar...huhu



Again mlmnye aku stay up jaga Ammar. X de ar stay up pun..kdg2 tertido jugak...huhu. But still panas Ammar still x turun2. En. suami plak kna kuar awal pg coz die nak kna masuk Singapore atas urusan keje. Sian Amani..kul 6 da kna ikut papa g umah Tok ibu...huhu. Aku plak cancel plan nk bwk Ammar g klinik pg tu coz takut Ammar merengek-rengek sbb x sihat. Maklum ar klinik kesihatan...queue skit punya lama...huhu. Baik aku dok umah stabilkan suhu Ammar dulu.

Around 7.30am Ammar bgn nak menyusu...itupun mlmnye bkn die tido sgt pun. Terjaga-jaga je. After menyusu Ammar tido. Aku plak bgn sempat ar breakfast (yes..of course with ESP. I need energy to take care of my son...), mandi, sapu n kemas umah sikit. Then aku prsn yg Ammar tido agak lama. Kul 11 bru ar die merengek-rengek bgn. Aku cek suhu die...alhamdulillah demam Ammar da kebah...his temp was 36.8 degree. Trus aku mandikan Ammar, rest jap then at 2pm kitorg ke klinik for check up.

At klinik nsb baik queue tak bape lama...but aku terasa badan Ammar mcm panas blk. Huhu...da stat risau da sbb takut suhu trus naik. Ammar pun da stat merengek skit2. After jumpe doc trus aku blk je (huhu...ingt nk singgah mana bli lunch. Nsb baik da alas perut dgn ESP...=p). Sampai umah terus nyusukan Ammar and let him rest. Alhamdulillah...demam Ammar terus kebah. Tp Ammar mmg balas dendam tido. Lama btul die tido...bgn just nyusu kejap then tido blk. Sampai aku kna pam ar susu coz x thn sakit. Yela kakak Amani pun takde nak tlg kosongkan..huhu.

Itulah saja kot cerita menjaga Ammar yg demam. Sekian, Terima Kasih =)

p/s: Baru blk jenguk Ammar at rumah pengasuh. Ammar tido je...x abs lagi die qada tido rupanya. Langsung x kisah dak2 yg lain buat bising...huhu
Read more...

Friday, November 15, 2013

Mencari idea doorgift

5 months to go b4 wedding adik ipar aka Lek. Emm...sedang mencari-cari idea doorgift. Skrg trend g kenduri kahwin dapat cookies/candy jar. Mcm da biasa sgt. Looking for something unique and affordable semestinya.

Last weekend survey2 di SSF. Ada few items yg tertarik. Tp mahal katanya SSF ni. Emm..dalam dilema. Ada juga survey2 online. Mcm tertarik dgn shaker ini.



Dan juga glass coaster ini.

MIL nak something yg guests boleh guna. Rasanya items di atas boleh diguna kan..kan?? Emm..tanya beliau dululah macam mana.


Korang2 sume ada any idea? Plzzz....^^
Read more...

Set Basic Breatfeeding

Untuk ibu2 menyusu di luar sana...yg masih tercari-cari set menyusu yg terbaik untuk membantu penyusuan susu ibu kepada bayi anda...di sinilah jawapannya. Set breastfeeding which includes ESP dan Alfalfa.


Untuk kesihatan ibu yg lebih optimum, boleh juga ditambah Ostematrix. Nak tahu lbh lanjut mengenai khasiat2 yg terkandung di dalam set ini? Boleh rujuk di sini untuk ESP, sini untuk Alfalfa dan sini untuk Oste.

Bajet x mencukupi? Jgn risau...set bajet juga ada. Hanya RM 100^^. Nak tahu lebih lanjut?? Hubungi saya..

SMS/Whatsapp - 019-7122817 (ANID)
ID: 1065424 
Email: arnidza.ramli@gmail.com  

COD area UTM Skudai dan Taman U
Read more...

Thursday, November 14, 2013

Ostematrix..bukan sekadar kalsium



Untuk ibu menyusu...selain dari set basic menyusu saya sarankan korang ambil juga Ostematrix. Kenapa? Yela dari pregnant hinggalah melahirkan dan menyusukan, badan kita memerlukan kalsium yg byk. Ketika pregnant kalsium diperlukan untuk tumbesaran tulang bayi, dan bila menyusukan keperluan kalsium pada bayi penting untuk membina tulang yg sihat dan pertumbuhan gigi bayi. Oleh itu, keperluan kalsium untuk kita sebagai ibu menyusu sgt penting. Takde lah nnt umur belum 40 gigi da mula rosak dan menghidap osteoporosis.

Yg paling bestnya Ostematrix ni bukan mengandungi kalsium sahaja. Ia merupakan gabungan lengkap antara Kalsium, Magnesium & Vitamin D.

  1. Kalsium: diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi dan mencegah osteoporosis.
  2. Magnesium: untuk mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan tekanan darah dan mengurangkan masalah senggugut.
  3. Vitamin D: berfungsi menyerap dan memproses kalsium dgn lebih baik.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Jika berminat, jgn segan silu hubungi saya:

SMS/Whatsapp - 019-7122817 (ANID)
ID: 1065424 
Email: arnidza.ramli@gmail.com  

COD area UTM Skudai dan Taman U
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates