Apa itu endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Saya pula mengalami chocolate cyst di mana cyst tersebut berada di ovari.
Bolehkah Endometriosis berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang masih belum diketahui.
Untuk sesiapa yg pernah menghidapi cyst atau yg telah membuang cyst dan takut ia berulang, di sini sy ingin kongsikan surah-surah yg boleh diamalkan. Credit to Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Ramai pesakit endometriosis yang datang
berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif
yang ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci
Al-Quran. Mereka ini telah mengamalkan bacaan al-Quran secara konsisten
setiap hari dan turut berasa yakin akan keberkesanan rawatan menggunakan
ayat-ayat al-Quran tersebut.
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“ - Surah Al-Mukminun : 111
Setiap pesakit endometriosis yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat yang selalu diamalkan untuk penyakit endometriosis ini adalah:
“Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“ - Surah Al-Mukminun : 111
Setiap pesakit endometriosis yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan membuang gangguan tersebut sekiranya ada dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat yang selalu diamalkan untuk penyakit endometriosis ini adalah:
- Surah Maryam ayat 77 hingga 98
- Surah Ibrahim ayat 32 hingga 43
Cara
amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca
surah pertama iaitu surah Maryam tiga kali pada waktu malam dan surah
kedua iaitu surah Ibrahim tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini
hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas
membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk
penyembuhan. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah
dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa
dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt.
p/s: “….dan janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” - Surah Yusuf : 12
No comments:
Post a Comment