Ads 468x60px

Monday, May 9, 2011

Khasiat buah pear

Aku mmg suka sgt mkn buah pear..kalo g psr mlm x de buah lain yg aku beli...msti bli buah pear. Kdg2 bli gak ar buah betik n jagung. Itu antr buah-buahan kegemaran aku. So kali ni ttba lak rs nk tulis psl khasiat buah pear...hehe.


Pir atau nama saintifiknya Pyrus communist antara buah terawal ditanam di Asia Barat dan Eropah. Ia dipercayai bahawa pir berasal dari kaki gunung India Selatan dan Afghanistan. Buah ini tidak boleh hidup dengan cuaca melampau sama ada terlalu sejuk atau terlalu panas. Seperti epal, pir dipetik sebelum ia masak ranum. Pir jenis Bartlett adalah paling sedap dimakan dan dibuat jus.

  • Pir mengandungi vitamin A, B-1, B-2, C, asid sitrik dan niacin. Ia juga kaya dengan garam mineral seperti fosforus dan potasium berbanding buah yg lain. 
  • Pir paling mujarab utk melegakan sakit dada akibat batuk yg keterlaluan, contohnya akibat penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering. Pengidap TB akan merasai sakit menusuk di paru2 setiap kali batuk yg berlanjutan. Pir dipercayai dapat melegakan kesakitan itu walaupun untuk sementara.
  • Pir juga bersifat diuretik dan laxcitive. Ia sesuai untuk melancarkan sistem penghadaman terganggu akibat pengambilan makanan yg terlalu berminyak atau terlalu pedas. Oleh kerana ia mempunyai serat, pir baik utk alat pencernaan dan saluran makanan dalam tubuh seperti perut, usus kecil dan besar. Perut yg sebu akibat terlebih makan juga dapat dilegakan dengan segelas jus pir.
  • Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. 
  • Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.
Source dr Cendana Kasih

p/s: Emm...byk gak khasiat pear ni. Yela stp buah-buahan ada khasiatnye msg2. So mkn ar byk buah-buhan esp skrg mmg tgh musim panas. Drpd asik minum ais je baik mkn buah...dpt juga menghilangkn dahaga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates