Ads 468x60px

Thursday, November 11, 2010

Hiperhidrosis

Dalam entry yg lps aku ada sebut psl hiperhidrosis kn. So entry kali ni aku nk cerita serba sedikit psl hiperhidrosis. Untuk pengetahuan umum dan aku sndri...huhu.

Sesetengah orang menderita peluh berlebihan di mana tangan dan kaki mereka berpeluh dengan banyaknya, membuatkan mereka menjauhkan diri daripada bersosial dengan masyarakat disebabkan oleh masalah yang memalukan ini. Hiperhidrosis atau masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis dari badan bukanlah satu perkara yang boleh dianggap biasa. "Walaupun ia bukan penyakit kategori berbahaya namun ia boleh menyebabkan gangguan psikologi,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon. Aku ringkaskan artikel ni dlm bentuk point form:


- lelaki mahu pun wanita dari semua peringkat umur boleh menghidap penyakit ini, terutamanya di kalangan anak muda berusia 20-an.

- lazimnya bermula sejak kecil lagi yang mana jika dibiarkan tanpa rawatan, boleh berlarutan seumur hidup.

- Ia juga bersifat keturunan. Dianggarkan, sebanyak 30 peratus daripada penghidap mewarisinya daripada ahli keluarga mereka

- anak-anak yang dilahirkan oleh ibu bapa penghidap hiperhidrosis mempunyai kebarangkalian sehingga 25 peratus mendapat masalah serupa.


Punca

Sehingga kini, masih belum diketahui dengan tepat apakah yang menyebabkan perpeluhan yang berlebih-lebihan ini. Hiperhidrosis terbahagi kepada dua kategori iaitu primer dan sekunder:

-Primer: tidak diketahui puncanya. Ia biasanya terjadi setempat pada tangan, kaki, ketiak dan muka. Masalah ini turut dikesan berlaku pada bahagian kepala, dada, belakang dan pangkal paha.

-Sekunder: terjadi pada keseluruhan badan disebabkan oleh jangkitan kulat, obesiti, penyakit autoimun, hipertiroidisme, menopaus, kehamilan, kencing manis, tumor, batuk kering mahupun gangguan psikiatri.


Cara mengubati

Umumnya, pesakit sama ada boleh dirawat melalui teknik pembedahan dan bukan pembedahan bergantung kepada sejauh mana seriusnya masalah itu. Bukan semua pesakit memerlukan pembedahan.


Prosedur ETS

Menggunakan ETS, dua lubang kecil berukuran 0.5 sm akan dibuat di bawah ketiak pesakit yang dibius sepenuhnya.Doktor kemudiannya akan memasukkan tiub yang mempunyai penyuluh pada hujungnya menerusi salah satu lubang manakala lubang yang satu lagi dimasukkan dengan alat pembedahan. Tiub berlampu tersebut disambungkan ke skrin komputer yang digunakan oleh doktor pakar untuk melihat ke dalam tubuh pesakit bagi melakukan pembedahan. Sebaik dikenal pasti, beberapa sentimeter urat saraf simpatetik terbabit akan dipotong. Pembedahan mungkin dilakukan di kedua-dua bawah ketiak kiri dan kanan, jika perlu. Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang sejam dengan masa tinggal di hospital yang singkat, tiga ke empat hari. Parut pembedahan yang ditinggalkan juga adalah sangat kecil, tidak mencacatkan dan terlindung di bawah ketiak.


Lain-lain rawatan bukan pembedahan

* Ubat sapu atau deodoran antipeluh yang mengandungi aluminium klorida di dalam larutan alkohol

* Iontoporesis di mana bahagian yang mengalami peluh berlebihan akan dimasukkan di dalam larutan garam dan diberikan kejutan kecil elektrik berukuran 15 hingga 18 mA. Ia perlu diulang beberapa kali

* Setakat ini, tiada rawatan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Pemberian ubat makan yang mengandungi ejen antikolinergik seperti glycophyrrolate dan amitriptyline bagi mengehadkan kegiatan saraf mendatangkan kesan sampingan yang ketara.

* Suntikan Botulinum Toxin (Botox) pada dos tertentu bagi melumpuhkan saraf yang merangsang kelenjar peluh terutamanya ketiak. Walaubagaimanapun, ia kurang menjadi pilihan kerana perlu diulang antara enam hingga 12 bulan sekali menyebabkan rasa sakit, selain mahal.



Aku rasa aku adalh penghidap hiperhidrosis. Ingt lg masa sekolah bila tapak tgn berpeluh mmg kertas pun jd basah. Tapi aku x rs aku berada dlm kategori yg kritikal. X pernah t'pk nk wat pembedahan or ape pun. Terima je ar seadanya. Cuma kdg2 ble time nk kna salam ngn org aku serba slh ar skit. Ye ar...msti org yg nk kna salam ngn aku tu rs geli kn. Sbb tu ar kdg2 aku salam ujung jari je...huhu. So kalo aku pernah t'salam korg ujung jari tu je maaf ar ye. Jgn kecik ati plak, keadaan x m'izinkn...huhu.


p/s: Tp kebaikan dr hiperhidrosis ni ialah tgnn aku mmg ar sgt lembut...hehe. Ada pelembab semulajd...=p



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates