Ads 468x60px

Monday, October 7, 2013

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu ~

Tips ni saya kongsi bukan ar nak tunjuk terer ke ape...hehe. Google je pun. Anak pun baru dua. Tips ini juga sebagai panduan kepada saya dan saya ingin kongsikan bersama. Harap sgt dapat jayakan penyusuan ke atas Amani dan Ammar selama 2 tahun.

  1. Kerapkan Menyusu/Mengepam 
  • Yg ni kalau kat rumah mmg bergilir-gilir ar Kakak Amani n Ammar menyusu. Masa Ammar kna   tahan NICU (masa tu Ammar baru 2 hari) sedih sgt sbb pam susu yg keluar cuma skit je hujung-hujung jari. Susu masa tu masih lg susu awal yg sgt pekat dan warnanya kuning. So, saya susukan Amani untuk stimulatekan penghasilan susu. Alhamdulillah, esoknye susu keluar dgn byk. Byk setakat yg baby 3 hari leh minumlah. Ini menunjukkan bagaimana penyusuan boleh merangsang penghasilan susu. Dapatlah saya pam untuk bekalan Ammar di wad.
  • Kalau mengepam pulak,kat tempat kerja saya pam setiap 3 jam.
  1.   Jangan tunggu breast penuh
  • Sentiasalah kosongkan breast. Konsep penghasilan susu demand and supply. Jika kita kerap kosongkan breast maka badan akan lebih kerap menghasilkan susu.
  1.  Minum banyak air
  • Dulu saya mmg tak suka minum air masak. Tak sedap. Minum air manis lg syiokk! Tp sejak breastfeedkan anak secara tak langsung akan sentiasa rasa haus. Jadi saya mmg pastikan akan minum air masak. Sekuramg-kurangnya botol air 1L tu saya habiskan sehari waktu kat ofis. 
  1. Fikir anak
  • Ketika menyusu, belailah anak. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. 
  • Masa mengepam plak tengok ar gamba anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin..
  1. Menyusu/mengepam lebih lama
  • Masa menyusu biarkan anak menyusu sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di breast yg sebelah lg. Barulah anak dapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. 
  • Kalau mengepam plak, saya pam 15-20 minit untuk sebelah breast. Mengepam lebih lama boleh menghasilkan let down reflex (LDR) 2-3 kali!
  1. Pengambilan suplemen
  • Bagi saya, untuk breastfeed saya ambil suplemen Ostematrix dan ESP.  Suplemen hanyalah untuk membantu di dalam penyusuan susu ibu. Jika ibu tak disiplin dan konsisten, hasilnya tetap tak akan berubah.
Harapnye dgn tips yg diberi dapat sama-sama kita berjuang dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Gud Luck ibu-ibu di luar sana =)

p/s: Jgn lupa amalkan membaca Ayat 60 Surah Al-Baqarah untuk memperbanyakkan susu ibu. InsyaAllah. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates