Ads 468x60px

Wednesday, October 23, 2013

Evening Primrose Oil vs GLA Complex

Baru je tghari tadi ada seorang sahabat bertanyakan sama ada Shaklee mempunyai produk Evening Primrose Oil (EPO). Setahu saya mmg tak ada. Tetapi rupanya setelah dikaji, Shaklee ada menawarkan produk seumpamanya iaitu GLA Complex.

Apa itu EPO?
Bagi wanita, evening primrose oil atau EPO memang tidak asing lagi. Biasanya digunakan untuk melegakan masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS), ketidakstabilan hormon, ketidaksuburan dan sebagainya. Semasa pra-haid, kebanyakan wanita mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, sendi-sendi dan payudara. Pengambilan EPO mengurangkan ketidakselesaan ketika masa itu.

Evening Primrose mengandungi kandungan GLA yang tinggi. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak yang mempunyai kuasa penyembuhan dalam tumbuhan. Disebabkan kandungan GLA yang tinggi dalam Evening Promrose, maka ia digunakan dalam mengatasi masalah kewanitaan seperti di atas.


GLA Complex
Shaklee GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Haa..bonus tu sbb dgn mengamalkan GLA Complex ianya juga membantu mencantikkan kulit agar kelihatan berseri-seri =)...



Manfaat GLA Complex:
1. Melancarkan perjalanan darah bagi membantu dalam masalah ketidaksuburan pada lelaki dan wanita. Ia menguatkan otot organ lelaki dan membaikpulih fungsi uterus.
2. Asid lemak menjaga kecantikan kuku, rambut dan kulit kepala.
3. Mengurangkan ketidakselesaan semasa pra-haid (PMS).
4. Mengawal penyakit2 kewanitaan seperti endometriosis dan ketulan pada payudara.
5. Mengelakkan kerosakan saraf yang disebabkan oleh diabetes.
6. Mengurangkan simptom ekzema
7. Membantu  pesakit Alzheimer

Emm...byk sekali manfaat GLA khususnya untuk wanita. Jom grab GLA Complex! Jgn segan silu untuk hubungi saya:

SMS/Whatsapp - 019-7122817 (ANID)
ID: 1065424
Email: arnidza.ramli@gmail.com
COD area UTM Skudai dan Taman U
 
 
Read more...

Tuesday, October 22, 2013

Vitamin C sudah kembali!!

Wah...ape yg hot sgt psl vitamin C ni?? Siapa nak kulit cantik, makan ar vitamin C. Antara hot selling Shaklee. Da lama takde....tp skrg da kembali!!

Vitamin C dari Shaklee ni dikenali sebagai Sustained Release Vita-C 500mg. Sustained release tu bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air so, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Khasiatnye:

~ Mencantikkan kulit - sape taknak kulit cantik kan?? Ia membantu menbuat kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi penyebab utama terjadinya jeragat.

~ Membentuk collagen - haa...collagen kan mahal. Apa kata amik je vitamin C ni di mana ia dapat merangsang pembentukan kolagen yg merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

~ Memperbaiki simptom pendarahan - baru tau rupanya penyebab gusi berdarah, lebam kulit, lambat pulih dr kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar tu rupanya sebab kekurangan vitamin C..huhu

~ Peningkatan sistem imun - Patutlah bila saya demam je MIL suh minum jus oren. Tp cukup ke vitamin C dlm jus oren tu?? Vitamin C membantu dalam membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, megukuhkan sistem imun, peningkatan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, dan juga mengurangkan simptom selsema.

~ Memperbaiki insomnia - Ia dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah keresahan.

~ Mengekalkan kolestrol sihat - Haa...bukan sume kolestrol jahat tau! Ia dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalan pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Perbezaan Vita C Shaklee dengan Vita C lain
~ Merupakan Vita C pertama yang natural dan bertindak secara Sustained Release yang berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24jam.
~ Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vita C secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
~ Satu tablet mengandungi 500mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.
~ Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada supplement Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi Vita c, mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )
~ Terdapat juga dalam bentuk yang boleh dikunyah Chewable Vita C.
 
Siapa yang perlukan Vita C ni??
  • Perokok (bole suggest utk en.suami ni...huhu)
  • Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
  • Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
  • Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
  • Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan  dan mengurangkan selsema yang berpanjangan.

TAHUKAH ANDA??

- haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu utk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin c tidak memberi kesan toksik. 

- Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

kesimpulannya, pilihan saya tentulan Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee..it's 100% safe, natural and works wonderful to everyone..insyaAllah.. :)
 
Jgn lepaskan peluang utk mendapatkannya...best price utk yg berminat =)

SMS/Whatsapp - 019-7122817 (ANID)
ID: 1065424
Email: arnidza.ramli@gmail.com
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Read more...

Thursday, October 17, 2013

Salam Aidiladha =)


Salam Aidiladha dr kami sekeluarga.
Dulu bertiga sekarang berempat =)
Read more...

Wednesday, October 16, 2013

ESP sebagai masker??

Wah...tak tau plak ESP boleh dipakai sebagai masker. Emm...nak kna try ni.
Ini salah satu cara memakai ESP sebagai masker. Credit to Beingmary.

Bahan yg diperlukan hanyalah ESP dan plain yogurt. Cara-caranya bancuh 1 sudu plain yogurt bersama-sama setengah sudu ESP. Gaul sebati and ready untuk disapu pd muka. Biarkan sehingga kering atau selama 15-20 minit then boleh basuh muka :). Very the easy...worth trying :)

Gebu la muka pasni =p

Read more...

Friday, October 11, 2013

Amani balik lambat =(

Semalam papa balik lambat sbb ada meeting. Makanya Amani pun papa amik lambat ar...huhu. Sedihnye rasa...jap je dpt spent time ngn Amani smlm =(. Mama cepat-cepat siapkan kerja rumah (sampai cedera dibuatnya...huhu) supaya bila Amani blk nnt mama dpt main-main ngn Amani.

Pg td bila papa nak amik Amani masuk dlm kereta....Amani tidur peluk mama x nak lepas. Lg ar hati mama ni sedih.
Read more...

Thursday, October 10, 2013

ESP untuk ibu menyusu

 ESP?? Rasanya ramai yg dah tau mengenai ESP. Best seller tu. Saya pun sdg consume Shaklee dan sdg merasai kesannya. Hehe...saya suka..saya suka (versi Mei Mei Upin Ipin).


Kelebihan ESP untuk ibu menyusu:
1.       Membantu susu ibu supaya menjadi lebih pekat berkrim. Secara tak langsung memberi kekenyangan yg lama pada baby. Bila baby kenyang tidurnya pun lebih lena.
2.       Merangsang dan membantu penghasilan susu dengan lebih cepat. Dengan syarat konsep asas penyusuan demand and supply dipatuhi dan payudara dikosongkan selalu atau sebaiknya setiap 3 jam sekali.
3.       Sebagai energy booster. Kebiasaannya ibu2 yg menyusu badan mengalami proses berjaga mlm yg lebih kerap, kekadang sampai 1 jam sekali baby bangun utk menyusu. Dengan mengamalkan ESP, badan akan kekal bertenaga sepanjang hari seterusnya proses penegepaman juga akan berjalan lebih lancar.
4.       Memberi rasa kenyang lebih lama. Bila menyusu dan mengepam, badan akan cepat lapar. Diet pun entah ke mana. Dengan pengambilan ESP pada waktu pg sblm sarapan akan membantu memberi rasa kenyang yg lama tanpa perlu mkn ubat-ubatan yg akan mengganggu penghasilan susu malah InsyaAllah susu lebih meriah dan byk.
5.       Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Kandungan protein dalam ESP membantu membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Bonus gitu! Di samping menggunakan ESP sbg makanan tambahan, kulit akan lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya.
 
Apalagi...pada ibu-ibu menyusu di luar sana. Jom cuba ESP!! Yg bukan menyusu pun ESP ni sesuai untuk korg. Yg nak kulit cantik, badan bertenaga...lai..lai. 1 canister boleh tahan sehingga 2 bulan. Pm/SMS/Whatsapps saya ye untuk harga istimewa =)
Read more...

Monday, October 7, 2013

Bagaimana Menjayakan Penyusuan Susu Ibu ~

Tips ni saya kongsi bukan ar nak tunjuk terer ke ape...hehe. Google je pun. Anak pun baru dua. Tips ini juga sebagai panduan kepada saya dan saya ingin kongsikan bersama. Harap sgt dapat jayakan penyusuan ke atas Amani dan Ammar selama 2 tahun.

  1. Kerapkan Menyusu/Mengepam 
  • Yg ni kalau kat rumah mmg bergilir-gilir ar Kakak Amani n Ammar menyusu. Masa Ammar kna   tahan NICU (masa tu Ammar baru 2 hari) sedih sgt sbb pam susu yg keluar cuma skit je hujung-hujung jari. Susu masa tu masih lg susu awal yg sgt pekat dan warnanya kuning. So, saya susukan Amani untuk stimulatekan penghasilan susu. Alhamdulillah, esoknye susu keluar dgn byk. Byk setakat yg baby 3 hari leh minumlah. Ini menunjukkan bagaimana penyusuan boleh merangsang penghasilan susu. Dapatlah saya pam untuk bekalan Ammar di wad.
  • Kalau mengepam pulak,kat tempat kerja saya pam setiap 3 jam.
  1.   Jangan tunggu breast penuh
  • Sentiasalah kosongkan breast. Konsep penghasilan susu demand and supply. Jika kita kerap kosongkan breast maka badan akan lebih kerap menghasilkan susu.
  1.  Minum banyak air
  • Dulu saya mmg tak suka minum air masak. Tak sedap. Minum air manis lg syiokk! Tp sejak breastfeedkan anak secara tak langsung akan sentiasa rasa haus. Jadi saya mmg pastikan akan minum air masak. Sekuramg-kurangnya botol air 1L tu saya habiskan sehari waktu kat ofis. 
  1. Fikir anak
  • Ketika menyusu, belailah anak. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. 
  • Masa mengepam plak tengok ar gamba anak sambil berselawat dan berzikir Ya Mattin..
  1. Menyusu/mengepam lebih lama
  • Masa menyusu biarkan anak menyusu sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di breast yg sebelah lg. Barulah anak dapat kedua-dua susu foremilk dan hindmilk. 
  • Kalau mengepam plak, saya pam 15-20 minit untuk sebelah breast. Mengepam lebih lama boleh menghasilkan let down reflex (LDR) 2-3 kali!
  1. Pengambilan suplemen
  • Bagi saya, untuk breastfeed saya ambil suplemen Ostematrix dan ESP.  Suplemen hanyalah untuk membantu di dalam penyusuan susu ibu. Jika ibu tak disiplin dan konsisten, hasilnya tetap tak akan berubah.
Harapnye dgn tips yg diberi dapat sama-sama kita berjuang dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Gud Luck ibu-ibu di luar sana =)

p/s: Jgn lupa amalkan membaca Ayat 60 Surah Al-Baqarah untuk memperbanyakkan susu ibu. InsyaAllah. =)
Read more...

Wednesday, October 2, 2013

En. Suami ke KK + anak-anak

Cewah...tajuk entry, bkn anak tp anak-anak.

Pg2 lg en.suami da kuar umah ke airport atas urusan keje di KK. Selama dua hari. Khamis ptg bru blk. First time sejak Ammar lahir en.suami outstation. Cane ar agaknya aku nak handle budak berdua tu sorg2. Anisa pun akan blk ke Kluang ptg or mlm ni. Hopefully everything going well. Ptg ni blk awal skit. Leh prepare ape2 yg ptut b4 Anisa blk...huhu.

Dah lama x cte progress anak-anak ek. Amani will turns to 1 year 7 months next week. Gigi makin bertambah. Geraham atas dan bawah dah tumbuh. So makin menjd2 ar sume bnda nak mkn. Vocab pun bertambah. Adik, nama2 aunties n uncles die pun da knal. Atok2 n nenek2 nya pun sama. Sgt syg ngn adik die. Asik nak cium je sampai rimas Ammar kna cium ngn Amani. Cuma yg musykilnye dr umur berapa ye kids boleh kna cacing? Aku prsn Amani x de ar menonggeng tp bila baring die suka meniarap sambil angkat punggung die skit bbrp kali. Sbb cacing ke? huhu...cne nak buat ye kalo kna cacing??

Ammar plak baru cecah 2 n half months. Da kurang ar skit menangis. Kalo dlu x nak tdo mlm skrg da ok skit ar. Berat naik pun ok. Masa check up 2 months berat Ammar 5kg. Naik 1.2kg. Kakak Amani dlu 3 months bru berat 5kg. Takpe...yg penting sihat walafiat. Ramai yg ckp muka amani mcm en.suami n muka Ammar mcm muka aku. Yeke? Ok ar tu, yg pompuan ikut muka papa, yg laki ikut muka mama die...hehe.
Read more...

Monday, September 30, 2013

Hari pertama Ammar dgn pengasuh

Pagi2 da antar Ammar kat pengasuh...huhu. Sedih je rasa. Time2 camni ar rasa nak jd surirumah sepenuh masa. Leh jaga anak sendiri...huhu. Dlm perjalanan Ammar ok je. Sampai umah pengasuh pun ok. Aku plak leh tertinggal botol susu Ammar kat umah. Kalut dgn stok susu botolnye tertinggal lak.

Masa nak tnggal Ammar td die da start mengaruk gak ar. Nak susu ar tu. Sdey sgt masa nak tnggalkn Ammar td. Ya Allah, kuatkanlah hati aku. Mudah-mudahan keselamatan Ammar terpelihara.
Read more...

Thursday, September 26, 2013

Perjalanan Menyusu Ammar dan Amani

After kelahiran Ammar, perjalanan menyusu daku kembali lagi. Alhamdulillah lebih mudah sbb dah ada pengalaman. Amani pun diteruskan penyusuan susu ibu. In fact aku tak terus stop pun susu ibu untuk Amani. Masa pregnantkan Ammar aku masih menyusukan Amani. Cuma tak full ar sbb tak dpt penuhi demand Amani. Yela hormon pregnant masa tu agaknye susu jadi kurang. Nasib baik takde mslh apa2. So waktu siang Amani minum susu formula, malam baru aku breastfeed Amani.

Rutin sekarang...of course untuk Ammar fully breastfeed ar. Stok susu tak de ar byk sgt tapi insyaAllah cukup untuk Ammar. Amani still macam dulu...mlm je breastfeed. Waktu cuti depend on her demand and keadaan adiknye waktu tu. Kalau adik nak menyusu tentu ar adik didahulukan. Tak reti ar nak tendem nursing...huhu. Harap sgt perjalanan kali ini dapat diteruskan sehingga umur Ammar 2 thn.

Berkenaan pengasuh, akhirnye dapat juga jumpe pengasuh yg sesuai. Mlm selasa yg lepas aku n en.suami dah melawat rumah pengasuh berkenaan kat Desa Bakti. Cik Leha namanya. Sekarang die jaga 2 org budak 4 thn n 5 thn. So mmg x de jaga baby sbb 2 mnggu lps baby yg sblm ni beliau jaga dah stop sbb mak die g oversea nk smbung bljr. Itu slh satu sbb ar aku pilih Cik Leha ni. Satu lg sbb is because Cik Leha ni da ada experience handle EBM. yeay, suka2. Senang skit...da x payah explain. Mnggu depan bru start hantar Ammar kat pengasuh...huhu. Sedey plak rasa. Cane ar nnt.

p/s: Ya Allah kau peliharalah keselamatan kedua anakku Amani dan Ammar...Amin.
Read more...

Tuesday, September 24, 2013

I'm back =)



I’m back. 

Finally, after few months men’silent’kan diri..huhu. Ammar da masuk 2 bulan pun.
Ammar? Siapa Ammar? Lupa nak introduce our lil hero, Wan Dzahin Ammar. Alhamdulillah, safely delivered Ammar on 19 July 2013 bersamaan 10 Syawal. Maksudnya eden kna ganti puasa 20 hari...huhu. Masak...masak. Nak kongsi pic Ammar di hari kelahirannya. He’s born 3 kg at 1.35pm. Time org nk tukar shift...kelam kabut gak ar nak menyambut beliau. 


Anyway, sebagai ibu kepada 2 org anak...honestly rs cam x ready nak handle 2 org anak kecil. Dah set mind masa pregnant lg tp real situation is different. Habit Ammar pun sgt berlainan dr Amani. Manakan nak layan Ammar lg Amani lg. Nasib baik kakak Amani sgt behave. Kdg2 nak perhatian tu biasa ar.

Yg sedihnya my sis da x nak jaga anak2 i. Yela...die pun nak gak cari keje yg real kan. Daku faham...tp sedih sgt rs nak tinggalkan anak kat org. Skrg pun Amani tok ibu die yg jaga aku da rs sedih. Yela tak terhandle plak kang my sis nak jge dua2. Buat2 nye dua2 melalak serentak...pening. Mcm mana ar nak antar anak kat org nnt...huhu.

P/s: I’m looking for a babysitter utk jge Ammar sekitar area UTM dan Tmn U. Ada sesiapa yg berminat?
Read more...

Wednesday, June 5, 2013

Postpone lagi...argh~~

Nak balik...jumpe Amani...tapi ujan lebat gile la plak. So stuck di opis...huhu. Just baca emel, presentation proposal PhD kat fakulti postpone lagi...huhu. Dah dua kali postpone. Mula2 dlu sepatutnya 22 May then postpone ke 7 Jun....tapi td dpat emel postpone lg ke 13 Jun. Haiya...tak tonang hati den ni =(. Menunggu itu satu penyeksaan. Sempat ke nak siap semua urusan b4 bersalin ni?? Tawakkal je ar...at least aku dah cuba. Mungkin ada hikmahnya. Ape2 pun...mudah-mudahan dipermudahkan dan diluluskan permohonan dgn sekali presentation je. Amin...

Pg td rs nak update blog...tp sbb tgh neves coz ingtkn tarikh present Jumaat ni...so postpone ar kononnya nak update blog. Oleh kerana tarikh present postpone n stuck at opis coz ujan...maka terupdate ar blog ini...hehe. Nak update cte gempak ni...haha. Alhamdulillah...tanggal 2 Jun 2013 Amani sudah dapat kakinya...hehe. Ye..mmg agak lambat. Di usia menghampiri 1 tahun 3 bulan baru Amani boleh berjalan (ok ar drp x bole langsung...huhu). Act die dah memapah lama da...since b4 1 tahun. Jalan pimpin dua2 belah tgn then nak sblh tgn je. Tp beliau tersgt ar kurang konfiden bile kite lpskan tgn die utk berjalan. Ada ar kdg2 ble mud die ok die jln 2-3 langkah then trus duduk n merangkak. Akhirnye Ahad lepas nak juga die berjalan. Siap terus berlari-lari anak lg. Then mulut tu x benti membebel masa berjalan. Alahai anak mama =). Video ada direkod oleh en.suami...akan diupload kemudian ye.

Mengenai pregnancy aku plak...alhamdulillah semuanya ok setakat ni. Di kala 33 minggu...pergerakan mmg agak terbatas ar. Esp ble dah duduk lama dlm kete then nak bgn. Agak payah skit di situ. Tmbhn plak 2-3 minggu ni mmg byk travel. Dr keadaan baring nak bgn pun susah skit. Selasa lepas baru je check up. Alhamdulillah kepala baby dah kat bwh. Air ketuban pun cukup. Dr. just komen psl berat je. Die suh makan byk skit. Honestly, mmg pregnancy kali ni selera mkn aku kurang berbanding masa pregnantkan Amani. Aku jrg skip mkn tp mknn yg diambil dlm kuantiti yg skit. Buat syarat je mkn. Nak wat cne...nafsu x de. X pe ar...yg penting baby sihat. Kck skit pun x pe asalkn msa lahir nnt lbh 2 kg (kalo x kna thn wad plak). Baby membesar dgn jayanya ble kat luar nnt ye...huhu.

p/s: Entry 3 in 1 ni...PhD + Amani + pregnancy...hehe.
Read more...

Wednesday, May 29, 2013

Kluang-->Gemas-->PD

Musim cuti sekolah ni...byk betul undangan perkahwinan yg diterima. Last weekend aku n famili ke Gemas...kenduri kahwin kawan en.suami masa MRSM dlu. Wah mencabar perjlnn ke Gemas ni. Exit highway Tangkak...then lalu jln biasa ke Gemas more than 1 hour...huhu. Nsb baik ar kitorg gerak dr Kluang. So dah jimat masa perjlnn selama sejam.

Oh...lupa plak. Jumaat mlm tu jiran depan umah (x berapa depan ar...ke kanan skit...haha) buat kenduri nikah anak die. Ptg Jumaat aku n famili melawat Puan Yana yg bru lps bersalin then blk sempat ar rewang jap kat umah jiran tersebut. Mlmnye pas Isyak pengantin nikah kat Masjid Ainuddin (Innalillah buat Tan Sri Ainuddin yg baru je meninggal dunia...beliau merupakan NC pertama UTM). Aku x join g masjid coz masa tu Amani tidur. So en.suami je yg join. After nikah upacara makan2. Ha..yg tu aku join...hehe. Amani cam tau2 je..so die pun bgn time makan2 stat...haha. After that kelam kabut aku mengemas coz dah lewat nak blk Kluang. Almost kul 11 mlm waktu tu. Tujuan blk Kluang coz jiran nak psg khemah mlm tu...disbbkan keadaan jln di kwsn umah aku tu yg agak sempit...karang satu hal pulak nk kuarkan kete. Nak parking kat luar pun dah byk kete parking...huhu. So en.suami amik keputusan utk blk Kluang.

Ok...smbung cte kat Gemas. Rupanya pengantin berarak awal. Kitorg smpi kul 1.45 ptg...waktu kemuncak dah pun lps...huhu. So dtg2 je trus mkn2 jap n borak2 ngn pengantin then kitorg minta izin utk pulang. Tp act x pulang pun. En.suami nak jumpe membe kitorg kat Klang...en.azrin. So dr Gemas maka kami meneruskan perjlnn ke Klang...eh tak...kitorg jumpe kat Empire Subang. Ikutkan plan nak jumpe2 je then kitorg balik coz Ahad byk lg kenduri yg menanti. Tp disbbkn kepenatan kami tumpang tido di umah En. Azrin. Dan ntah mcm mana ttba terjadinye plan utk piknik di PD...huhu. En. suami n en.azrin dpt ar main jet ski n ape benda ntah yg diorg dok ats pelampung then kna tarik ngn bot n dilambung2...haha. Sakit2 bdn en.suami..pdn muka =p.

 Amani with papa

Amani with mama

Disbbkn kitorg ni bukan kaki amik gamba...leh plak gamba ngn famili en.azrin x de. Gamba kitorg pun x byk..huhu. Appara! After PD maka bermulalah perjlnn kami pulang. Fuh...mencabar...coz kereta kat highway byk gile. Apepun alhamdulillah...kami slmt sampi lbh kurg jam 11.30 mlm. Esoknye Isnin aku kna test gula...huhu. Time Amani x kna...kali ni kna plak sbb rule bru umur 25 ke ats kna test gula...uwekk. Nak muntah eden minum air gula ngn perut kosong...huhu. Adios!

p/s. En.suami cne? release tension tu x?
Read more...

Tuesday, May 14, 2013

~Rindunye kat blog ni~

Ya Allah...lama sungguh x update blog. Mmg bln April bln yg sgt sibuk dan tensen buat diri ini. A tough decision have been made...insyaAllah aku membuat keputusan untuk sambung PhD di UTM sahaja. Mungkin x de rezeki untuk aku menjejakkan kaki ke negara org..huhu. Tp insyaAllah kalo urusan PhD di UTM ni selesai dgn jayanya...aku akan ke negara org juga utk buat attachment. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

Byk perkara yg boleh diupdate sbnrnye spjg bln 4 yg lps...tp tiada kesempatan even utk blog walking pun. Antaranya, aktiviti bawa Amani main air di A'Famosa Water Theme Park (Amani budak takut air), kenduri cousin husband @ Nilai, berpindah ke opis baru di bangunan baru FKE (akhirnye dapat gak aku opis...huhu) etc. Tp nmpk gaya boleh listkan aje ar...nak cerita pun da terasa lapuk...huhu.

Progress Amani...alhamdulillah berjaya menaikkan berat bdnnye setelah turun 2 bln yg lps. Amani dah pandai sebut bbrp perkataan (of cos ar pelat) spt cat, ted (teddy bear) etc. Dah mula faham arahan2 yg kte beri..cthnye sit untuk duduk, ble nak susu masukkan jari dlm mulut, bile die nak capai ape2 then kita cakap cannot so die pun x jd amik, tnjuk hidung bile kita cakap nose mana (cuba nak ajar yg lain spt mouth, eye n ear tpp setakat ni nose je yg btul), pandai buat flying kiss n kiss pipi kite ble kte cakap kiss. Alahai...rindu plak kat anak mama ni.

Progress baby? Alhamdulillah mnggu ni dah 30 weeks. Jap je masa berlalu. Tp cek up yg lepas nurse ckp kedudukan baby melintang. Harap2 baby beralih kedudukan kepala ke bwh. Mudah-mudahan baby dapat dilahirkan normal dan mudah macam Kakak Amani. Almost sebulan tgn dan kaki aku dilanda gatal-gatal. Kemuncak masa PRU13 ari tu...jari gatal2 sampai bengkak mcm org kna alahan. Tak tau ar sebab pregnancy or aku ada alahan ape2. Tp after jumpe doc n mkn ubat alhamdulillah gatal2 da berkurang...tnggal parut je.

p/s: Busy dgn persiapan PhD sampai x de feel nak buat persiapan utk sambut baby. Hujung mnggu bru ni bru sempat nak bli brg baby skit2 (x byk pun coz baby leh pakai baju Kakak Amani). Mudah-mudahan urusan PhD dan cuti belajar selesai sblm aku cuti bersalin. InsyaAllah.

Read more...

Wednesday, March 13, 2013

Amani's 1st Birthday Celebration

Alhamdulillah..dah selesai majlis sambutan birthday Amani yg pertama. Majlis kecil-kecilan je...bersama famili. Majlis berlangsung pd 9 Mac (sehari selepas tarikh sbnr birthday Amani), jam 8 mlm di Pizza Hut Taman Damansara Aliff. Kenapa pilih that location? Sbb Pizza Hut kat situ yg besar dan agak selesa utk sambutan bersama famili.



Happy Birthday Amani @ Pizza Hut TDA

Start kul 11pg dah sibuk amik kek Amani dan cupcake anniversary aku n en.suami (hehe...tumpng celeb skali). Kek ditempah berasingan sbb org yg buatkan kek Amani tu x dpt amik order utk cupcakes sbb byk tempahan that weekend...huhu. So terpaksa cari tempat lain. Kek Amani kat Tmn U je (tp pusing2 juga ar cari umah). Cupcakes plak kat Taman Pulai Perdana (pun pusing2 gak cari umah). Cerita sedih mengenai kek Amani. Kek yg sepatutnye aku order is kek Barbie Doll. Tp mlm b4 mjlis Amani aku dapat kal dr Kak Noraini saying that tak tau knape kek yg die buat asik lekat je. 3x die buat but lekat n bile cuba kuarkan dr loyang kek patah..huhu. First time die ckp jd camtu n disbbkn takut x sempat buat...terpaksa tukar pd kek with gamba barbie je. X pe ar...x de rezeki Amani...next year ar kot...huhu. Cupcakes plak org yg buatkan tu muda lg. Puas ati sgt dgn design kek tu. Keknye pun sedap. Lain kali ada event ape2 leh order lg...hehe.


Kek besday Amani

Kek Anniversary mama & papa


Selesai amik kek (masa tu mama n ayah da sampai dr Kluang)...tapau mkn tghri. After rehat jap...kuar plak crk rak dapur. Hehe...suka sgt sbb disponsor oleh mama n ayah. Alhamdulillah. Dah jumpe rak yg berkenan n order...amik plak Anisa kat Karnival Mahabbah IKIM kat Plaza Angsana (die jd promoter masa event tu...tlg membe aku yg kata bosnye cr org). Smpi umah je dah hampir pukul 7 mlm maka kelam kabut ar kami semua menyiapkan diri masing2 esp princess of the day. Habis sume org aku kerah suh mandi n bersiap. Alhamdulillah..dpt smpi kat Pizza Hut lebih kurang kul 8.30 mlm.

After sume famili dah sampai...maka bacaan doa selamat oleh Tok ayah pun bermula. Selesai doa apalgi makan time. Eh...b4 tu besday gal potong kek..hehe. Bukannye die pandang kek tu...die tgk pisau potong kek yg aku pegangkan kt tgn die tu je. Jenuh org yg amik gamba pnggil die wat dek je...hehe. Seronok bila ramai2 ngn famili. Hadiah besar2 Amani dpt. B4 kul 10mlm, after amik gamba with all the family member, maka kita balik...yeay! Skali skala mama n ayah dtg bwk ar round2 bandar JB. Round dlm kete je...hehe.


p/s: Alhamdulillah...genap setahun da puteriku Wan Dzaira Amani. Moga hidupmu sentiasa berada di dlm keberkatan Allah. Check up smlm berat turun (huhu...x tau nape pdhal byk mkn). Semoga Amani sihat n tambah berat badan ye...nk kna check up blk bln 5 nnt.



Read more...

Princess of the day =)

My beloved princess, Wan Dzaira Amani =) 
No word can describe how much I love U...emmmmuuaahhh





Read more...

Wednesday, February 27, 2013

Update...update

Terasa sgt nk update blog ni. Tp time ada idea keadaan x mengizinkan. Bila internet sume ada...idea plak x de...huhu.

Cari punya cari idea...x lain x bukan aku nk bercerita ar psl Amani..hehe. Skjp je masa berlalu...seminggu lbh je lg Amani akan berumur 1 thn. Alhamdulillah...Amani membesar dgn sihat. Anugerah Allah yg tak ternilai bg aku. Sedang membuat persiapan utk menyambut ulangtahun kelahiran Amani yg pertama =). Mama die yg lbh excited...huhu.

Progress Amani skrg...da pandai buat mcm2 gaya. Bila ckp Helo, die akan ltk tgn atau ape saja brg yg ada kt tgn die masa tu kat telinga. Dah pndai lambai tgn bile kite ckp Bye bye. Salm tgn ikut mood die...kdg2 nak kdg2 x nak. Memapah ke sana sini tu perkara biasa..cuma skrg dah boleh berdiri lps tgn dlm masa yg agak lama ar jugak (bile anak mama nk pndai jln ni...huhu). Bila suh buat muka comel mula2 dlu die sengih tnjuk gigi die. Skrg da pndai ltk jari telunjuk kt tepi bibir plak ble suh buat muka comel...haha. Muncungkan mulut ble suh buat bau busuk. Hai, Amani...rindu ar plak.

Kandungan aku plak Alhamdulillah dipermudahkan spjg pregnancy kali ni. Mabuk mmg x de lngsung. Cuma cpt penat...yela nk melayan si Amani tu lg. Dulu masa pregnantkan Amani aku mmg kuat mkn. Sbb tu Amani skrg mmg suka mkn. X penah tolak ape yg org masukkn dlm mulut die. Sume die terima je dgn mulut terbuka...haha.  Tp pregnant kali ni...nafsu mkn biasa2 je. Lapar mmg lapar tp sume bnda aku tgk x de nafsu. Mkn sbg syarat je...bfast, lunch n dinner. Kalo masa Amani tgh2 mlm pun aku bgn nk mkn...haha. Da terasa baby bergerak dlm perut. It means baby is healthy...insyaAllah.


muka x sabar tnggu org msukkn mknn dlm mulut 


Emm..itu je ar yg aku nk update buat masa ni. InsyaAllah akan update mengenai sambutan birthday Amani pula nnt...yeay!


Read more...

Wednesday, February 6, 2013

Dia lebih mengetahui

Yea...segala ketidakcelaruan emosi, kemeruduman production susu dsb sudah diketahui puncanya...huhu. I am pregnant for the 2nd child. Perasaan...masa2 mula dpt tau mmg bercampur baur. Rasa cam x ready sgt2...huhu. Act berita ini diketahui sejak Januari lps lg. Pd 17 Januari aku ke Klinik Fatimah utk dapatkan pengesahan pregnancy dr doc. Dan ye positif mmg aku pregnant dan usia kandungan aku masa tu dah cecah 12 minggu da pun. Alangkah terkejutnye aku ble scan kandungan aku da menyerupai bentuk manusia. Da nmpk kaki, tgn, tulang belakang dan jantungnye yg berdegup laju.

Honestly, mula2 dpt tau aku mmg cam x dpt terima. X sehappy masa aku tau pregnancy yg first dlu. Tp en.suami ckp sian baby dalam perut tu...nnt die tau aku x suka die...huhu. Mcm2 yg timbul dlm fikiran aku...

1. Amani masih kecil. Rasanya belum puas aku memanjakan Amani. Sian die..dlm usia yg masih muda da nk
    dpt adik...huhu. Adik beradik aku pun jarak umur jauh...so mentaliti aku mmg nk anak yg jarak at least 2
    tahun...tp apakan daya...I need to have faith...anak itu pembawa rezeki....insyaAllah. 
2. Aku rasa sedih sgt sbb x dpt meyempurnakan penyusuan susu ibu pd Amani sehingga umur die 2 tahun.
    Susu mmg makin sikit...x cukup utk keperluan Amani. Skrg da start campur pun..so aku hanya akan bg
    susu ibu waktu mlm...n skrg pun aku jrg g lab...so ble ada kt umah aku bg die susu ibu. Ble tgk die cam x
    puas baru aku bg susu tin. Alhamdulillah...Amani x cerewet. First susu yg aku try bg die terima seadanya.
    Cuma ikut mood die...kdg2 die nk minum kdg2 x nak. Mayb die tau aku ada kt umah...huhu
3. Perancangan PhD aku...adakah akan tergendala lg?? Sepatutnye aku merancang akan sambung belajar
    pada September 2013. Tp ikut scan yg aku buat, EDD is in August so...pantang ape semua lg...nmpk
    gaya thn dpn kot bru boleh sambung. Unless aku wat dlm UTM je ar.

Tp dalam pd tu hikmah yg aku nmpk adlh...

1. Sebelum ni always risau if cyst aku akan berlaku lg. Period aku dtg blk agak cepat after bersalin ari tu.
    But since I'm pregnant now, I'll be safe for at least a year...insyaAllah.
2. Kdg2 ble dlm keadaan sihat, senang...aku terlupa dan lalai. Penat dan letih jadi alasan. InsyaAlalh dgn
    pegnancy ini mungkin mampu mendekatkan aku dgn-Nya. Sesunggunya Dia lebih mengetahui.
Read more...

Wednesday, January 9, 2013

Kisah Amani demam

Fuh...kiranya sejak hampir 10 bln Amani dilahirkan...ni lah first time die dmam yg btul2 pnas. Sblm ni ade ar dmam skit pas inject...tp x panas sgt pun sbb awal2 lg aku da ltk tuala bsh kat dahi die or pkaikn baju x de lengan ke.

Alkisahnye demam Amani start hari Ahad. Mlm ari sabtu tu aku n famili tido umah PIL. Siang ok lg...aku x prsn plak kalo bdn die pns. Tp ptgnye tu ble aku n en.suami bersiap2 nk blk perasan yg bdn Amani sgt pnas. Amani plak x de ar meragam sgt. Kdg2 nangis nk ikut aku tu mmg perkara biasa.

Mlm tu aku ngn Amani tdo ngn Tok Mak. Bilik ber aircond...aku plak time tu selsema so mmg x thn sgt. Nk tutup nnt kang Tok Mak jaga die bkk blk. So aku rs die mmg suka tdo ngn aircond. Aku plak bpe kali bgn kuar bilik sbb x thn sejuk. Amani aku tgk lena je tdo. Aku prsn Amani kalo tdo ber aircond esoknye msti die selsema skit. Itu mungkin slh satu penyebab die dmam. Ditmbh plak ngn virus selsema dr aku.

Smpi je umah aku n en. suami trus cek temperature Amani. Bpe ek suhu die masa tu? 38 degree kot. Mlm tu kitorg trus bwk Amani g klinik. Masa doc cek suhu die naik lg 39 degree. Doc bg ubat demam n antibiotik n suh continue breastfeed. Blk je trus aku bg Amani mkn ubat after bf. Pastu basahkn kepala n bdn die ngn tuala basah...continuously. After a while suhu die turun ke 36.8 degree. Alhamdulillah. Masa tu bru ar Amani main dgn seronoknye.

Ingtkn demam Amani dah kebah...tp mlm tu suhu die naik blk. First die bgn isap susu aku cek temp die 38.6 degree. Aku trus bgn n lap bdn n kepala die ngn tuala bsh. 2nd time die bgn nyusu aku cek temp die makin naik 39.4 degree. Aku smbung lg bshkn kepala die...masa tu kul bpe pun aku x tau da. Smbil2 lap sambil aku ttdo...ngntuk sgt. Aku da kjutkn en.suami bgtau suhu Amani naik lg...tp en.suami ngntuk sgt agaknye coz da bbrp mlm stay up wat bajet utk thn dpn. Pgnye ble en.suami bgn nk g keje aku bgtau bdn Amani pnas sgt. Cek temp naik lg 40 degree. En.suami trus cancel nk g opis..amik cuti half day. Kitorg trus buka baju Amani n jerlum kepala die ngn air. Masa tu Amani tdo je...agaknye sedap sbb kepala die rs sejuk skit. X berenti2 aku n en.suami lap bdn Amani ngn tuala basah. Alhamdulillah...suhu Amani turun ke 37 degree.

Sepatutnye pg tu Amani kena g klinik utk cek up 10 bln. Disbbkn demam yg agak pnas aku decide stabilkn dlu then bru g klinik. Ble suhu Amani da turun en.suami pun g opis n aku bwk Amani g klinik ngn Anisa. Masa nurse cek aku bgtau ar psl demam Amani n nurse suh dtg blk esok if demam die still blum kebah. Mungkin kena cek darah dsb. Mlm tu aku da standby utk stay up if suhu Amani naik lg. Tp syukur sgt2 coz suhu die makin stabil. Last cek 36.5 degree. Alhamdulillah...so x perlu ar Amani pergi jumpe doc lg.

Fuh...mcm ni rsnye ye ble anak demam. Mudah-mudahan Amani membesar dgn sihat dan kuat =)
Read more...

Monday, January 7, 2013

Mood puitis =p

Entry pertama di thn baru...hehe...lmbt tul.

X tau nak cakap mcm mana...terus terang aku katakan dr pertghn Dis hinggalah ke hari ni I'm in the down mood. Kurang motivasi, kurang pengisian diri maka laghalah diri...huhu. Kadang2 terfikir arah tuju diri...aku mcm da lost dlm hutan tebal ciptaan sendiri plak tu. Mungkin mslh aku x seberat mana, tapi jiwa aku dah penat mencari jln keluarnya. Cewah...ttba mood puitis plak. Org lain sibuk ngn azam baru n semangat baru...tp aku tersekat di takuk yg sama...huhu.

Pencapaian aku pada 2012:

Mac - I've deliver a very beautiful baby girl. Anugerah Allah yg tak terhingga (ttba rs cam terharu plak masa taip 
              ni...huhu)
          Bln yg sama juga our 1st annivesary yg diraikan hanya dgn ucapan melalui sms. Aku da kat 
          hospital masa ni coz ada bleeding. 
Sept - Sepatutnya aku bakal melanjutkan pelajaran PhD di Scotland. The whole year plus few months of 
          year before I've been working for this. Akhirnye, Allah je tahu betapa kecewanya aku. This is one of 
          the factor yg buatkn aku down until now kot. Bg org mungkin mslh ni simple...cari je other univ. But it 
          is not simple as that. Tmbh2 dgn sume usaha2 yg aku da buat. It is very frustrated to repeat all the 
          step again. Honestly, I am demotivated. Aku redha dgn ketentuan-Nya...but to do it again...ntahlah. 
          X de rasa dan jiwa lg ar nk buat. Ya, Allah...bimbinglah hambamu ini.


Hehe...entry yg x best plak di awal2 thn ni. Tp alhamdulillah...rs lega skit kot pas meluahkan rasa kt blog ni. Sekejap je ar kot lega...huhu. Moga satu hari nnt aku akan kembali bersemangat dan berjiwa kental =p (haha...poyos..)




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
 
Blogger Templates